Monday, September 28, 2009

cuti seminggu sudah habis ye kawan2..
ayuh, mari pulang ke Shah Alam 'tercheeennnta'!!

zassss..

Saturday, September 26, 2009

arhhh..aku sedang cuba untuk percaya

Wednesday, September 23, 2009

1st day Eid

Balik kampung~

ohoohoo..raya kali ni kami balik pada 1st day raya bcoz mmg nak balik pada hari tersebut..biasenye kami raya ke 3 4 baru balik. Ayah keje so kakak n her husband la yang bawa kami balik. Pas makan2 , tengahari camtu kami gerak. Sebelum gerak kene la snap picture dulu. Tapi baju lame.huuhu. Mak je baju baru. Hehe n_n




then tgh sedap2 tido tibe2 dikejutkan oleh suara bingit kakak mengatakan tayar pecah. Katanya org sebelah yg bagitau sambil tunjuk2 kat tayar. Abg ipar pon berhenti la dkt Tol Senawang dan kebetulan ada BOMBA kat situ lalu mintak tolong kat mereka.

Baru teringat masa kat rumah sebelum gerak kat tv ade tunjuk Bomba nyanyi lagu raya ramai2 sambil aksi menari dan joget. Kakak pun ckp "eee..gediknye..macam kayu..menari tah pape..tak reti nyanyi ke hape?''ermm camtu lah die suke komplen org itu ini. (mampus aku kalo die bace ni)..haaaaa..pastu aku pun cakap kat kakak "ha..tu lah ko, kutuk2 lagi BOMBA..kan dah kene jadi camni". Kakak pon jawab "ha..ah la..aku kutuk2 Bomba tadi last2 diorg yg tolong..". dan petah lagi dia membebel. Beliau ni mmg suka membebel. Sungguh baik hati para petugas BOMBA. Hidup BOMBA!!! Selepas BOMBA baiki n ganti tayar kami pon sambung semula perjalanan sambil mendengar bebelan kakak.

Tapi syukurlah takde bende buruk berlaku. Trimas la kepada pengguna jalan raya yang prihatin di jalan raya. Aku pun sambung tido.

Aku terjaga. Sudah sampai Tol Alor Gajah! Belok kanan ke Tampin. Belok kiri Universiti Teknologi Mara Lendu. owhhhh..rindunye. aku hanya mampu memandang signboard nye sahaja. Fikiranku hanya terbayang kenangan2 semasa belajar di Lendu dan muka si dia yg dirindui. Bayangan itu hilang sebaik kereta membelok ke kanan. Aku sambung tido lagi. ZZZZZzzzz..

1 jam kemudian kami sampai Tampin. Rumah mak mertua kakak yang 2nd. Sambil tu nak amik dia beraya sekali. Rindunya kat Meya. Jemput la makan kuih rayo ni ha..

Abg ipar mendukung Meya dan Emak mendukung anak Kak Ida & Aziq. (cam kenal je name)

Meya duduk elok2 ngan maksu

di rumah saudara-mara di Tehel, Melaka
Kekja, Cik Leha dan Cuki


Kekja dan anak sedara kesayangannye dulu Ika..dah besau dah dia..cun pulak tu

ni kat Batu Putih plak. Rumah Pok Long. Rumah dia cantik


Ika : betul ke ulat bulu hinggap kat tangan?
Kekja : ha'ah..hinggap kat tangan..ee basuh la tangan
Abg Ipar : ye la ye la

stakat ni jela pix yang ade. Selebihnye pix2 nature yg aku shoot sepanjang perjalanan pulang ke kampung.
Aku dapat kumpul RM3 sahaja sepanjang hari tu. Sekian.

Lonely


video

Tuesday, September 22, 2009

buat cinta pertama & cinta terakhirku,
sesungguhnya aku sayang padamu,
aku cinta padamu,
sepenuh hati,
ku mahu kau,

Ingat ini,
janji-janji kita dan niat kita,

Allah sentiasa bersama kita.
sunyi....

bila akan berakhir.

Friday, September 18, 2009

Terima Kasih kpd kawan2ku yg memahami diriku. Aku fikir selama ini tiada yg mahu mempedulikan aku. Maka pada hari ini aku mengakui kwn@sahabat amat penting dlm hidup selain org yg kita sayangi. Aku amat susah nak mempercayai, memahami seseorang lantas apabila aku beri 100% kepercayaan tapi disia2kan aku tak kan menoleh lagi. Tapi kini aku terharu bila ada yg sudi mendengar, menasihati dan juga memahami apa yg aku rasa apabila mereka juga turut mengalami benda yg sama, hal yg sama, rasa sakit yg sama. Thanx again. >__<

Aku tahu aku banyak sgt kelemahan. Aku tahu kalian saja lah yg hebat hebat lagi hebat dari superhero dan para saintis yg bijaksana. Bukan semua orang sempurna kat dunia ini. Tapi apabila diri kita dipandang rendah ada tak kau pikir engkau tu besar mana?apa taraf kau?apa pangkat kau?hebatkah kau?cantikkah kau?bijakkah engkau?penuh ilmu didadakah engkau?penuh iman kah engkau?

tidak..tidak..tidak..!!!aku hanya nampak diri kau yg bongkak, angkuh, sombong, bodoh sombong, berlagak pandai, diktator, busuk, kepam, dan engkau selalu menampakkan kebodohan diri kau sbb kau dah rase kau lahhhhhhhh yang paling2 hebat dan terlebih bakat..

Hati kau sgt hitam dan kusut..kau tidak mempedulikan perasaan org lain. Kau tidak pernah pikir kesusahan org lain. Derita org lain. Kau mmg tidak punya perasaan. Mana pergi kebaikan kau? Kau simpan celah mana? ke kau malu? atau kau mmg sememangnya lawan kepada kebaikan.

Kau nak tuggu musibah besar datang ke atas diri kau baru kau nak buka mata kau besar2..mata kau dah mmg besar, hati kau pun mmg dah besar, otak kau lagi la besar..tapi kau taknak gune otak kau baik2..kau tak penah pikir ke satu hari nati segala apa yg kau dah buat ke atas kwn2 kau akan terbalas jugak suatu hari nanti..hari ni kau bernasib baik..esok lusa mungkin takde org nak tolong dan simpati kat kau kalau kalau kau xnk berubah langsung. xsalah aku berdoa supaya Tuhan bagi kau musibah yg teruk..demi pengajaran utk kau.!

Thursday, September 17, 2009

Hari ini hari yang ke 27 berpuasa, selepas itu nak raya plak. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Sambutan raya zaman sekarang ni tak sama dengan zaman dulu2 mase kecil cenonet. Sungguhnya aku merindui zaman kanak2 riang aku..sungguh rindu sangat..andainya boleh putar balik masa, alangkah indahnya..<3 bermain mercun bersama kwn2..kdg2 buat mercun sendiri..ade 1 bende tu ape tah name die aku slalu beli kat kedai..ianya sejenis berus utk membasuh sebnanye..ala berus yg kerinting2 tu warna silver..berus tu kalau bakar api die leh tahan tahap pembakarannye..ape aku ckp ni..oh..api dia memercik..sampai kan mak cik kedai tu dok marah asik beli berus tu jer..satu lagi patahkan bunga api byk22 patu letak atas suratkabar then nyalakan api then bakar..pastu halaman rumah pon berasap..igt lagi ponteng puasa then curik mkn kuih raya yg emak buat, menziarahi rumah jiran ramai2..nak2 mase tu dok rumah panjang..(KL pun ade rumah panjang la), dapat duit raya kumpul pastu beli makanan, baju, kasut, buku mewarna aku paling suka...sukanyaaaaa..n then aku benci tuka kuisyen rumah..kuisyen die keras nak mampus bile nak lipat masuk dlm sarung..kusi dah la 7 seat pastu darab 2 jadi 14 biji kene salin...benci2..lagi benci bile kene basuh pinggan sisa org beraya..huhu..tapi yg seronok dapat makan macam2 hidangan kueh raya..paling sedap kuih semperit, almon. kueh tat semestinya!juga batang buruk!!!layan sehhh batang buruk!tiap2 raya mesti ade kueh tu..eh wajib ade ah..kan kan..

huhu..seronok2..byk lagi la kenangan yg xdpt dilupakan mase raya..then skarang ni cam dah hambar..nak sambut ape pon tatau..yg penting just nak sambut kemenangan setelah berpuasa dgn mensyukuri nikmat yg Allah telah beri..Alhamdullillah..xde dah baju raya or kasut raya over2..balik kampung pon bosan..dok rumah je..yg ade cume rancangan or program menarik di televisyen.sekian



Sunday, September 6, 2009

Cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu sedan,
tapi cinta menghidupkan pengharapan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan

-Aisya Sofea, Novelis yang sangat hebat. Aku menyukainya =)

Saturday, September 5, 2009

Sometimes

Sedikit bingkisan rasa,

Kadang-kadang rasa meluat dengan orang yang berlagak pandai dan yang terlebih pandai. Mereka hanya pikir diri mereka bagus dari orang lain dan mereka tidak sedar sikap mereka itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri serta tanpa mereka sedari terlihatlah kelemahan mereka


Kadang-kadang kita kesal dengan mereka yang tidak tahu menghormati orang lain. Mereka hanya fikir untuk diri mereka sahaja. Mereka hanya tahu menceroboh kehidupan orang lain dan membuat tahi di situ. Mereka hanya fikir dunia ini mereka yang punya.

Kadang-kadang kita sakit hati dengan mereka yang tidak mempunyai perasaan atau kesedaran terhadap diri masing-masing. Mereka tidak pernah cuba perbaiki diri mereka menjadi orang yang lebih berperasaan. Adakalanya mereka terlebih perasan. Sudahnya orang lain yang terasa.

Kadang-kadang pelik dengan orang yang suka berlagak dan menunjuk2 dengan kemewahan yang mereka miliki. Mereka hanya pikir diri mereka bagus dan terlebih bagus dari orang lain dan mereka tidak sedar nikmat yang mereka dapat itu lama kelamaan akan ditarik Allah jika mereka tidak pernah mensyukurinya.

p/s : Peringatan juga untuk diri sendiri. Dijauhkan. Amin~

Thursday, September 3, 2009

tunggu masa ya

aku ini memang penyabar..memang sangat sabar..kalau aku tak sabar atau dah kurang sabar ataupun kurang sabar atau lagi bukan penyabar, memang...memang kau dah lama kena hempuk!