Tuesday, April 19, 2011
Thursday, March 17, 2011
Ofisku Syurgaku
Ini ofis tempat aku kerja. baru lepas decorate ramai-ramai kemas.
bila dah change ni boleh la alert sket kalo bos dtg.
maklomlah xbes kalo x on fb. sebelah aku Acit n Kak Norli.

tada~...sebelom ni mmg tempat aku n kak norli.
boleh la baring2 sambil baca paper
dan menyanya nak tarik perhatian org. =p

tadaaaa lagi~ ini plak tempat lepak2 gak or nak makan..
kalo bontot berat nak pergi pantri..
pic snap by me guna BLACKBERRY Ekin yaw,
update khamis,8.10 p.m @ bilik di WM.
Tuesday, March 8, 2011
i love my job! mwah!
Alhamdulillah. sudah hampir seminggu aku bekerja di company advertising di Sentul. Walaupun kena naik 2 bas tapi takpa ah sementara takda kereta sendiri kan. Sangat seronok kerja disini. Minggu pertama aku diberi tugas buat buletin untuk JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN. aku dapat siapkan selama 2 hari memandangkan MAC yang aku guna punyalah slow meloww..aiyak!agak tension di situ..dan paling best aku asik lapar n asik nak makan jer..hahahahah..lunch je pegi makan sama2..dah la lauk sedap! murah lak tu..aku sukak! oh lupa.sekarang ni aku duduk menyewa di wangsa maju yang punya banyak kenangan masa dulu sekolah 2 tahun kat setapak so macam dah arif sikit la WM ni..
Wednesday, February 23, 2011
BEZA ANTARA SINETRON DAN DRAMA
Beza antara sinetron dan drama yang biasa kita lihat dan kadang-kadang tak masuk akal lagi macam AAAAARGHH. Beza? Aku rasa macam lebih kurang sama.

sekadar gambar hiasan
SINETRON:
1. Banyak scene dekat rumah sakit.
2. Kejap-kejap watak ni sakit parah kejap2 watak tu..kalau boleh 1 family dia ada sakit.
3. Mesti ada perampok..menyamun orang yg tengah susah.
4. Mesti ada scene ketabrakan.
5. Nak cari donor darah, buah pinggang..mesti tak jumpa.
5. Paling penting bila cemas kamera mesti fokus and zoom..WAJIB. nyampah doe nak tgk.
6. Orang kaya mesti cemburu and nak kikis harta walaupun dah memang kaya
7. Mak tiri, pak tiri or anak tiri mesti saling bermusuhan dan ada pukul2 dera2 hasad dengki
8. Terlampau banyak masa silam yang dirahsiakan
9. Paling menyampah suka sangat berahsia and tak nak berterus terang.. straight to the point la wey..buat cerita makin panjang pulak.
10. Mesti ada scene hilang ingatan! ni pon wajib. bila kecelakaan baru ingatan pulih.
11. Part cinta pulak, orang kaya mesti bercinta ngan orang miskin pastu mendapat tentangan mak bapak.
12. Lepas itu mesti wujud orang yang ditugaskan memecahbelahkan orang..kiranya perosak n tukang dajal orang.. ckp psl tukang dajal..mesti upah orang-orang suruhan buat itu ini.
13. Paling tak logik macam mana satu watak tu tengah sakit kat rumah sakit pastu esoknya ada kat rumah..then sah hidap kanker tp still lagi kuat bekerja mcm tiada apa2 berlaku.
14. Kamu sebenarnya bukan anak kandungku! Papa kamu sudah meninggal, dia bukan ayah kandung kamu! Apa saya bukan anak kandung? habis siapa mama papa sebenar saya?!! Apa???Aku anak pungut?yang bener ni?!!
15. Suka matikan watak!
16. part bunuh diri or jatuh dari tempat tinggi tapi still hidup lagi.
17. ada kuasa sakti or ada peri yang selalu menolong ketika dalam kesusahan.
18. Scene tikam2 tp still hidup lagi.
19. culik menculik! anakku diambil orang pak!
20. Terlalu banyak permasalahan dan konflik yg timbul sampaikan cerita menjadi tak logik n membosankan.
ahh..banyak lagi ah..sebab aku ni nak kata penggemar tak gak..kadang aku layan gak kadang naik menyampah sbb ye lah dah takde cerita lain nak tengok. see aku dah pandai beberapa ayat bahasa indonesia. canggihkan. ok pergi part Drama lak.

Spa Q ini je yang best. sambungan dia sekarang azab aku nk tengok entah apa2
DRAMA:
1. Orang kaya pangkat Datuk Dato Tan Sri Datin...
2. mesti ada scene bermesyuarat. Hello haruske scene ni ada sampai kena ulas masalah syarikat n saham2 whatsoever..puihhh
3. mesti ada scene kat meja makan..hahah..makan sedap2 bagi lah aku sikit!
4. kalo student lak pergi ke kampus dress up bukan main..nak2 yg pelakon perempuan..oi nak belajar ke nak melawa. aku pegi kelas pakai simple2 je kot.
5. Menangis tapi pakai bulu mata palsu.
6. Orang miskin tak berduet tapi rambut bercolor sampai dalam rumah pon bermekap..nak pergi tidur pon muka still ada mekap! orang kaya pon sama
7. adoi scene sedih2 kua air mata meleret2..
8. cerai berai then tup2 ada anak
9. Perempuan simpanan yg nak mengikis harta lelaki, suami orang
10. anak derhaka dan ibu malang.
11. cerita pasal cinta remaja sikit2 kes cemburu dgn perempuan ni hot lagi cantik dari dia kat kampus, nak rebut jejaka paling hensem la, saling nak dajalkan orang la dan kadang2 aku pikir kenapa jalan cerita sebegini nak diketengahkan. Apa point nya. Ko nak belajar ke nak berchenta?
Ok. ni je yang mampu aku ketengahkan sebab aku lagi banyak layan sinetron sebab aku suka tgk pelakon2 dia kalo berlakon mmg berkesan (even cite hampeh) dan aku suka tgk mekap dorg cantik2..pelakon pon cantik2! n then mostly sinetron yang ada kat tv sekarang jalan ceritanya semuanya sama.
Kalo drama lak kadang2 setiap hari sabtu aku tengok cerekarama. Kalo komedi aku sukak!
Last but not least penonton sebenarnya2 nak tengok cerita yg menghiburkan dan ada isi pengajaran yang boleh diingati sampai bila. Bukan drama sampah yang mana ceritanya tidak logik lagi membosankan. sebab penonton sekarang semua pandai2 belaka.
Sekian, Wassalam.
Tuesday, February 15, 2011
Teksi punya hal
Hari ini aku penat sangat-sangat perjalanan dari Bangi-Serdang-Sentul-Putrajaya untuk interview company advertising sebagai Graphic Designer. Dengan menaiki tren KTM dan RAPID kemudian sampai sahaja di Sentul aku mencari teksi. Oh pasti terbeliak mata naik teksi sampai rm15 itupun mujur pemandu teksi yang berbangsa Cina itu kasi murah lagi. Aku tak percaya apek tu cakap tak tahu jalan. Aku rasa aku kena tipu. Kurang ajar punya apek. Dahlah hampir 1 jam cari jalan. Aku dah lambat nak pergi interview T_T. Then aku bagi kat dia RM16 dia pon kira-kira and cakap 'ok la rm15'. Puihhhh..nampak sangat kau tak jujur apek. Kenapa kau tak pulang balik singgit aku. Sudah lah sengaja ambil jalan jauh pergi sampai kawasan kampung padahal highway yang kau lalu tu lah tempatnya. Aku cakap dah nampak Jalan Pelangi 1 kau cakap bukan..Cari punya cari meter kau dah cecah RM19.80 buat aku alahai duit aku dah la sikit. lepas itu nasib baik aku call kawan aku tanya jalan lagi. Akhirnya sampai pun. Hey apek pandai kau cari duit ya. Mentang-mentang aku perempuan dengan tak tahu jalannya. Huh..Takpelah..aku paham kau cari rezeki.
Then sudah alang-alang keluar jauh2 takkan nak terus balik rumah kan. So aku singgah Alamanda untuk makan lewat siang bersama BF. Terima kasih awak sebab teman saya mamam. Love it!

Agak-agak teksi berapa 10 saat berapa puluh sen?
p.s tett..tett..setiap 10 saat meter teksi bersamaan RM0.10
Friday, January 28, 2011
Sunday, January 9, 2011
Jalan-jalan di KL bersama si kecil Meya
Ahad, 9.1.11.
Jam 1.30 lebih kurang lah aku, emak, kakak dan abg ipar bersama Aye anak jiran sampai dekat stesen UKM nak pergi jalan-jalan ke KL, kita pergi ke KL naik KTM. Sekitar perjalanan ke KL menaiki tren bersama Meyah sangat seronok sebab Meya kali pertama naik keretapi tetapi Meya tak pandai sebut, dia cuma tau BAS sahaja..haha. Baju Meya sangat santek bunga-bunga mak lang bagi.

menunggu tren yang CEKAP lagi PANTAS datang.
Ada la dalam 10 minit tunggu.

di Station Kopitiam. Masa ni Meya dok diam je pastu mintak air banyak kali last2 muntah. Muntah macam dalam cerita seram 4bia yang part hantu diraja dengan pramugari tu. haha
Tengok, sampai bergegar mata aku tengok tudung.
hasil pencarian akhirnya ini yg bersesuaian. haaha cam helmet!

Lepas itu, jalan kat sini Meya ingat ni laut agaknya sampai nak buka baju time tu juga. Then Meya mandi kat sini. Macam-macam kuak dia buat.

lepas Meya puas kot main2, then masa untuk balik. haha. berebot2. haha
tak muat. =p
JENG JENG JENG!!!!!aha. ini paling penting tujuan utama aku pergi KL..Hehe..best gilak shawl! Rambang mata aku doh. Pilih-pilih sampai tak sedar dah 5 helai aku beli. Nak dapat tudung murah pergilah cari kat kedai ini. Apa nama kedai tak sempat pula aku tengok sebab murah sangat en harga dari RM3 hingga RM10. Kedai ini dekat hentian LRT Masjid Jamek. Deret2 kedai selepas kedai mainan kat hujung sekali, haa kat situ lah. Seronoknyaaaaa. Baik beli banyak2 terus sebelum rasa menyesal. Hehe =D
p/s: Puas hati!
Saturday, January 8, 2011
Sepetang bersama Edi di KL Sentral
Di pagi hari tatkala aku sedang tidur, aku dikejutkan oleh msg dari Edi. Dia cakap aku belom ambik written asessment. Aduiii. Malas betul aku sebab ini bermakna aku kena tulis menulis dan paling penting ak sangat benci naik komuter. LAMBAT.
Sesampai ke KL Sentral pada jam 2.15 dengan henpon ku yang buat masalah di saat genting, tak boleh nak send msg..haramjadah tol. Aku pon pergi lah berjalan2 tengok2 apa yang patut. Ternampak cardigan so aku beli je lah sebelum menyesal di kemudian hari.
Then, barulah Edi call cakap dah sampai dan kami jumpa di McD jer. Aku dengan malasnya menulis karangan pasal diri aku. Mengantuk pun ada. Hehe. Edi juga ada membawa print out newspaper yg ak design ( Terima Kasih Edi ). Newspaper ini hasil kerja satu kelas Batch 8 aku.
Tuesday, January 4, 2011
My Career My Future Memorable 5 weeks
This is our newspaper. Batch 8 Daily designed by me
I got 39 new friends in 5 weeks. Best friend. They are :

They're so sweet and adorable, supporting, kind and very good in teamwork. We're laugh , study, hang out, gossip and did all together. I missed that moment. I love u guys! Thanks cuz make me happy ='')
To Madam Norsaiyedi,
Thanks give me a chance to improve myself. Now I feel more confidence! I'll remember your admonition. Thankso much.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















