Thursday, August 18, 2011

Kebiasaan di bulan Ramadhan Part 2 : Flaming Steamboat

Last week ada makan-makan buka bersama ex-classmate Vok.Fesyen 1 SMT ERT Setapak. Sangat la happening. Lama tak jumpa kawan2 lama..kali ni buat tahun kedua ada muka baru datang. Kalau tak muka yang sama ja. Aku, Anis, Z, Adiha n Syaza kami naik sekereta (ade ke perkataan ni) n sampai pada jam 5. Awal ok. Menepati masa la katakan memandangkan organiser bersama kami..iaitu Anis

Tarikh: 14 /8 / 2011 Ahad
Masa: 630-830 pm
Lokasi: Flaming Steamboat Sunway


saling bertukar hadiah.

pasangan yang sampai awal, Ain wif her family

muka bosan

pilih2 melantak




sajian makanan.perghhh sumpah kenyang dan memuaskan!

meja terbaik. ahah




sambung[ lagi sajian makanan menyelerakan & melelehkan air liur..kikik

Tunang orang dan bini orang..hehe. Jasmalina dan Ayu. (tembamnye!)

dari zaman sekolah suka bergosip. Ain dan Erin

masing-masing kekenyangan

nak balik dahh

bau kasut baru lah

Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa bersama-sama berbuka. Semua happy..next year

jumpa lagi okeh berbuka sama. hehe

Wednesday, August 17, 2011

Kebiasaan di bulan Ramadhan Part 1

tengok saja pada tajuk di atas dah tentu lah aku nak post pasal berbuka. Makan makan makan je aku tau. hahah. Masa nak pergi damn traffic jam. Ika redah je memandangkan kami tak sure nak berbuka mana last2 melekatkan pungkoq kat Popeyes. Fav fast food aku tp xboleh makan selalu nanti hilang kelazatan nye. arghh..jarang makan la tp better than kfc. sesekali tukar lah selera tu kan. ngehehe.

Kzura dan ika domei..di belakang tu yang menganga adalah bf ika domei iaitu Beejay. =p
aaa..org depan Beejay tu ak xingat nama dia apa. tp dak2 ex opis aku.

err..yang sebelah Beejay tu lak gf kepada ex opis ak. xtaw plak nama dia apa. (nampak sgt ak xbergaul) kihkhikih..ni baru pas habis makan. dah habis makan termenong la plak

wajib la kan tangkap gambar. kena guna n hargai kamera yang ada.

Beejay ko tak reti tangkap gambar eh alasan ko shaking.haktui =p

sapkoklu..yang ni baru betui objek blkg blur..hiihi

alamak aku plak yg shaking..hhehe

erkkk yang ni pon sama. domei apa.

tu dia k.zura bergosip. ak dok tepi je memandangkan depa dok cerita apatah aku tak paham.

ni laki bini berborak macam borak dalam kelambu.


hah oki itu saja aku nak cerita. ada lagi aku berbuka kat dak2 skolah aku tengoklah time ak rajin nanti aku hapdet

10.12 17/8/2011

Tuesday, August 9, 2011

4 jenis lelaki yang perlu dielakkan oleh wanita

Ego- Seorang lelaki yang ego amat mudah untuk dikesan. Sekiranya ketika berkomunikasi lelaki itu banyak bercerita mengenai apa yang dia telah lakukan, membanggakan dirinya, dan menceritakan kehebatannya sahaja, kemungkinan mereka adalah seorang lelaki yang ego amat tinggi. Lebih sukar sekiranya mereka sendiri tidak dapat mengawal keegoan mengikut keadaan,tempat dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Sekiranya anda berjumpa lelaki seperti ini, anda dinasihatkan untuk menjauhkan diri. Ini kerana mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja dan amat sukar untuk dibawa berbincang.

Kedekut- Lelaki yang kedekut juga merupakan satu masalah yang menjengkelkan. Ini adalah kerana seseorang lelaki harus bertanggungjawab untuk memberi perlindungan dan menjaga makan minum seseorang wanita mengikut kemampuannya. Sekiranya pada permulaan mereka sendiri tidak menunjukkan tanggunjawab mereka, pasti lebih sukar sekiranya sudah ada pertalian. Tetapi ia juga mengikut sikap seseorang wanita itu, sekiranya permintaannya melampau dan meletakkan kebendaan perkara paling penting dalam perhubungan, lelaki itu pula harus memikirkan adakah wanita seperti ini harus mereka elak.

Tidak Hormat- Perasaan tidak hormat juga merupakan masalah utama yang sering dibelenggu wanita. Ini adalah kerana sekiranya tiada perasaan hormat, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan memenuhi keinginan mereka. Hormat adalah perkara terpenting dalam kehidupan. Ia bukan sahaja perlu untuk wanita, tetapi ia juga perlu untuk dalam kehidupan bermasyarakat. Seseorang yang tiada perasaan hormat amat mudah untuk dikesan, boleh dilihat di dalam cara pertuturan mereka. Sekiranya mereka hanya bercakap mengikut hati sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain, ia merupakan tanda awal bahawa mereka jenis yang tidak menghormati perasaan orang lain.

Suka berfoya-foya- Sekiranya timbul sesuatu masalah, lelaki yang suka berfoya-foya amat sukar untuk mencari jalan penyelesaian disebabkan perasaan tanggungjawab yang kurang. Mereka lebih memikirkan mengenai hiburan dan keseronokan diri sendiri. Wang juga akan dihabiskan untuk berseronok berbanding tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. Lelaki seperti ini perlu dielakkan. Ini akan menyulitkan lagi keadaan sekiranya sikap ini masih terbawa-bawa apabila sudah berkahwin. Dikhuatiri mereka akan melepaskan semua tanggungjawab yang perlu mereka pikul ke ats bahu wanita itu seorang sahaja.

kredit: http://www.top5reason.com


Monday, August 8, 2011

You're such a pervert. No wonder you got no girl.huh

6.55 pm,
Bangi

Sunday, August 7, 2011

Kuning lagi asyik2 kuning

nak tunjuk jam je sebenarnya. xda niat lain..hihihi

such a freakk!

melihatkan saja komen2 kau kat member lain aku merasa hendak muntah. kau hipokrit sgt. kau plastik sgt. dengan harapan kau nk tunjuk kat org yg kau je yg baikkk..kau je yg betull..yg salah nye aku la..damnnnn..sampai sekarang kau xsedar apa yg kau bwat tu salah tau x? Menyeksa diri aku. Cukup2 lah pikir diri tu betol. Kalau betol ayat haramjadah "terima seadanya" wtf tu kau boleh jalan ahhh..Allah sahaja yg tahu sejauh mana keikhlasan kau sbb kau xkan ckp bende yg xsepatotnya..aku tulis ni sebab ini yg ak nak sampai kan kat ko bio otakkkkkkkkkk ko faham..hidup ni jangan open sgt..ko pikir ak leh terima pdhl berjuta kali ak ckp bende yg sama tp ko egooooo..%&%* Orang yang open hanya utk org yg open. Same gak cam perempuan yg baik utk lelaki yg baik..Ak bkn orgnye. Semua ni ade lah kesilapan...yg ak xkan ulang..jauh di sudut hati ak menyesal...

Skrg ni ak nak ckp samada ak maafkan ko ke x..Itu ak xde jawapan..sbb aku anggap kau xpernah muncul dalam hidop aku.n ak xperlu nak risau kan ko maafkan ak ke x sbb ak mmg xbwat salah BESAR pon kat ko..Pe de halllllllll~ =_=''

Saturday, August 6, 2011

Xperia™ X10 mini


Alhamdulillah..dapat juga fon yang diidamkan. Aku lagi selesa pakai yang kecik2 ni sebab tangan aku takda la besa mana..harhahrrr..oh..fon lama aku sudah rosak..agak kecewa disitu sebab kalau jual balik cuma dapat RM40 tolak charge untuk repair lagi..dengg!

btw aku tak taw la kebetulan ke apa fon yg ak pakai mesti akan rosak. Salah aku ke? denggg lagi! Fon yg aku masih simpan lagi fon china yg mmg dah rosak sbb jatuh. lagi fon SE lipat yg masih berfungsi lai cuma agak perlahan sound dia ditambah dengan camera yg xberfungsi..denggg lagi! So kali ini GUNA LAH DENGAN SEBAIK2NYA sbb ini satu2 nya enpon ak plg *** aku mampu beli dengan titik peluh ketiak basah aku..ahak.

Wahh..flashback balik..sejak dari zaman sekolah sampai now, aku kira-kira ini adalah fon yang ke-10!!sesuai lah tu X10 mini !! yeahh XD

Wednesday, August 3, 2011

Ops Watch


yeayy..aku beli jam baru yang berharga RM30 di HIVE CREATION Yeayy..tapi

TUNGGU AKU GEMOK SIKIT BARU AKU PAKAI. ='')

Tuesday, July 12, 2011

moon.


setiap yang bersalah berhak diberi peluang kedua. -Seth Tan

p.s senyomm sikit

Friday, July 1, 2011

AL-FATIHAH

AL-FATIHAH buat Pn. Rozita Shahid yg telah kembali ke rahmatullah pd 26/6/2011....semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang2 yang beiman.AMIN

Pn.Rozita Shahid : Cikgu Sekolah Menengah Teknik ERT Setapak..arwah memang seorang yang baik dan lemah lembut percakapannya. TAK PERNAH langsung dengar dia marah. Sangat terkejut mendengar berita pemergiannya pada 27 Jun lepas..baru tahu hari ini.

Teringat masa zaman aku menetap di Pantai Dalam. Arwah juga berniaga barang runcit di pasar malam dekat Pantai Dalam. Aku kenal beliau pon sebab masa kakak aku form 4 sekolah kat SMVSRT (Sekolah Menengah Teknik ERT Setapak). Dia ajar kakak aku subjek apa entah. Memandangkan selalu beli barang dapor kat gerai dia so aku kenal dari situlah. Suami dia pon baik gak..kelakar orangnya. Camna lah suami dia sekarang ni bila arwah tak ada sebab ak pon nampak yg dia sayang sgt kat arwah, wpon masa tu dorg lom ada anak lg wpon da lama kawen. ak rasa lah.

Hingga lah aku pon pindah sekolah kat sekolah yang sama. Tegur sapa mcm tu je. Adepon dia masok kelas sbb jadi cikgu ganti. Arwah memang baik. sangat baik. semua orang senang dengan dia. ALLAH lebih menyayanginya.

Sunday, June 19, 2011

mari membaca sambil tidur

lama nao tak hapdet blog...weekend ni aku balik Bangi walaupun kera aku banyak nak kena siapkan sbb rindu Meya. Ok cerita pasal Meya , makcik2 dia selalu belikan dia something. Meya sangat comel ok. Pelok kuat2 meh..

Meya sedang membelek2.

bantal + buku.


tido lak dia



p.s boring~

Thursday, March 17, 2011

Ofisku Syurgaku

Ini ofis tempat aku kerja. baru lepas decorate ramai-ramai kemas.

tempat aku kat tengah2..sebelom ni belah depan.
bila dah change ni boleh la alert sket kalo bos dtg.
maklomlah xbes kalo x on fb. sebelah aku Acit n Kak Norli.


tada~...sebelom ni mmg tempat aku n kak norli.
boleh la baring2 sambil baca paper
dan menyanya nak tarik perhatian org. =p


tadaaaa lagi~ ini plak tempat lepak2 gak or nak makan..
kalo bontot berat nak pergi pantri..


pic snap by me guna BLACKBERRY Ekin yaw,
update khamis,8.10 p.m @ bilik di WM.

Tuesday, March 8, 2011

i love my job! mwah!

Alhamdulillah. sudah hampir seminggu aku bekerja di company advertising di Sentul. Walaupun kena naik 2 bas tapi takpa ah sementara takda kereta sendiri kan. Sangat seronok kerja disini. Minggu pertama aku diberi tugas buat buletin untuk JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN. aku dapat siapkan selama 2 hari memandangkan MAC yang aku guna punyalah slow meloww..aiyak!agak tension di situ..dan paling best aku asik lapar n asik nak makan jer..hahahahah..lunch je pegi makan sama2..dah la lauk sedap! murah lak tu..aku sukak! oh lupa.sekarang ni aku duduk menyewa di wangsa maju yang punya banyak kenangan masa dulu sekolah 2 tahun kat setapak so macam dah arif sikit la WM ni..


tadaa! bunga di kepalaku! haha..beli-beli 2 biji rm5 kat Uptown Shah Alam.

tempat aku

MAC! masih banyak kena belajar lagi. =)

ada sagun di situ. sedap woh. beli kat Restoran Merah bos.

Wednesday, February 23, 2011

BEZA ANTARA SINETRON DAN DRAMA

Beza antara sinetron dan drama yang biasa kita lihat dan kadang-kadang tak masuk akal lagi macam AAAAARGHH. Beza? Aku rasa macam lebih kurang sama.

sekadar gambar hiasan

SINETRON:
1. Banyak scene dekat rumah sakit.
2. Kejap-kejap watak ni sakit parah kejap2 watak tu..kalau boleh 1 family dia ada sakit.
3. Mesti ada perampok..menyamun orang yg tengah susah.
4. Mesti ada scene ketabrakan.
5. Nak cari donor darah, buah pinggang..mesti tak jumpa.
5. Paling penting bila cemas kamera mesti fokus and zoom..WAJIB. nyampah doe nak tgk.
6. Orang kaya mesti cemburu and nak kikis harta walaupun dah memang kaya
7. Mak tiri, pak tiri or anak tiri mesti saling bermusuhan dan ada pukul2 dera2 hasad dengki
8. Terlampau banyak masa silam yang dirahsiakan
9. Paling menyampah suka sangat berahsia and tak nak berterus terang.. straight to the point la wey..buat cerita makin panjang pulak.
10. Mesti ada scene hilang ingatan! ni pon wajib. bila kecelakaan baru ingatan pulih.
11. Part cinta pulak, orang kaya mesti bercinta ngan orang miskin pastu mendapat tentangan mak bapak.
12. Lepas itu mesti wujud orang yang ditugaskan memecahbelahkan orang..kiranya perosak n tukang dajal orang.. ckp psl tukang dajal..mesti upah orang-orang suruhan buat itu ini.
13. Paling tak logik macam mana satu watak tu tengah sakit kat rumah sakit pastu esoknya ada kat rumah..then sah hidap kanker tp still lagi kuat bekerja mcm tiada apa2 berlaku.
14. Kamu sebenarnya bukan anak kandungku! Papa kamu sudah meninggal, dia bukan ayah kandung kamu! Apa saya bukan anak kandung? habis siapa mama papa sebenar saya?!! Apa???Aku anak pungut?yang bener ni?!!
15. Suka matikan watak!
16. part bunuh diri or jatuh dari tempat tinggi tapi still hidup lagi.
17. ada kuasa sakti or ada peri yang selalu menolong ketika dalam kesusahan.
18. Scene tikam2 tp still hidup lagi.
19. culik menculik! anakku diambil orang pak!
20. Terlalu banyak permasalahan dan konflik yg timbul sampaikan cerita menjadi tak logik n membosankan.


ahh..banyak lagi ah..sebab aku ni nak kata penggemar tak gak..kadang aku layan gak kadang naik menyampah sbb ye lah dah takde cerita lain nak tengok. see aku dah pandai beberapa ayat bahasa indonesia. canggihkan. ok pergi part Drama lak.


Spa Q ini je yang best. sambungan dia sekarang azab aku nk tengok entah apa2

DRAMA:
1. Orang kaya pangkat Datuk Dato Tan Sri Datin...
2. mesti ada scene bermesyuarat. Hello haruske scene ni ada sampai kena ulas masalah syarikat n saham2 whatsoever..puihhh
3. mesti ada scene kat meja makan..hahah..makan sedap2 bagi lah aku sikit!
4. kalo student lak pergi ke kampus dress up bukan main..nak2 yg pelakon perempuan..oi nak belajar ke nak melawa. aku pegi kelas pakai simple2 je kot.
5. Menangis tapi pakai bulu mata palsu.
6. Orang miskin tak berduet tapi rambut bercolor sampai dalam rumah pon bermekap..nak pergi tidur pon muka still ada mekap! orang kaya pon sama
7. adoi scene sedih2 kua air mata meleret2..
8. cerai berai then tup2 ada anak
9. Perempuan simpanan yg nak mengikis harta lelaki, suami orang
10. anak derhaka dan ibu malang.
11. cerita pasal cinta remaja sikit2 kes cemburu dgn perempuan ni hot lagi cantik dari dia kat kampus, nak rebut jejaka paling hensem la, saling nak dajalkan orang la dan kadang2 aku pikir kenapa jalan cerita sebegini nak diketengahkan. Apa point nya. Ko nak belajar ke nak berchenta?

Ok. ni je yang mampu aku ketengahkan sebab aku lagi banyak layan sinetron sebab aku suka tgk pelakon2 dia kalo berlakon mmg berkesan (even cite hampeh) dan aku suka tgk mekap dorg cantik2..pelakon pon cantik2! n then mostly sinetron yang ada kat tv sekarang jalan ceritanya semuanya sama.

Kalo drama lak kadang2 setiap hari sabtu aku tengok cerekarama. Kalo komedi aku sukak!

Last but not least penonton sebenarnya2 nak tengok cerita yg menghiburkan dan ada isi pengajaran yang boleh diingati sampai bila. Bukan drama sampah yang mana ceritanya tidak logik lagi membosankan. sebab penonton sekarang semua pandai2 belaka.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, February 15, 2011

Teksi punya hal

Hari ini aku penat sangat-sangat perjalanan dari Bangi-Serdang-Sentul-Putrajaya untuk interview company advertising sebagai Graphic Designer. Dengan menaiki tren KTM dan RAPID kemudian sampai sahaja di Sentul aku mencari teksi. Oh pasti terbeliak mata naik teksi sampai rm15 itupun mujur pemandu teksi yang berbangsa Cina itu kasi murah lagi. Aku tak percaya apek tu cakap tak tahu jalan. Aku rasa aku kena tipu. Kurang ajar punya apek. Dahlah hampir 1 jam cari jalan. Aku dah lambat nak pergi interview T_T. Then aku bagi kat dia RM16 dia pon kira-kira and cakap 'ok la rm15'. Puihhhh..nampak sangat kau tak jujur apek. Kenapa kau tak pulang balik singgit aku. Sudah lah sengaja ambil jalan jauh pergi sampai kawasan kampung padahal highway yang kau lalu tu lah tempatnya. Aku cakap dah nampak Jalan Pelangi 1 kau cakap bukan..Cari punya cari meter kau dah cecah RM19.80 buat aku alahai duit aku dah la sikit. lepas itu nasib baik aku call kawan aku tanya jalan lagi. Akhirnya sampai pun. Hey apek pandai kau cari duit ya. Mentang-mentang aku perempuan dengan tak tahu jalannya. Huh..Takpelah..aku paham kau cari rezeki.

Then sudah alang-alang keluar jauh2 takkan nak terus balik rumah kan. So aku singgah Alamanda untuk makan lewat siang bersama BF. Terima kasih awak sebab teman saya mamam. Love it!


Agak-agak teksi berapa 10 saat berapa puluh sen?

p.s tett..tett..setiap 10 saat meter teksi bersamaan RM0.10