Sunday, December 12, 2010

Convo Day

1 DISEMBER 2010
Alhamdulillah. Akhirnya aku graduate jugak walaupon tak dpt result yg cemerlang tp aku gembira sbb aku berjaya melalui segala ujian dan cabaran sepanjang aku belajar kat sini.

Terima Kasih mak ayah sebab sokong aku dan juga keluarga aku yg sentiasa berada di samping ak.

Terima kasih lecturer yg baik hati akan ak igt jasa sampai bila2..
Terima kasih kawan-kawan yg banyak bantu aku dlm meyiapkan tugasan kumpulan. Sayang korang.
Tak lupa juga kepada orang2 yg menasihati aku supaya fokus study.heh.fokus la sgt. Ok bye. Ak da macam tak de idea nak tulis apa sbb lama sgt tak update.

Meya pon nak convo gak


big hugs


with Qaqa n mom



Meya sibok lagi


Meya dapat bf baru


ayah, abang, mak , kakak di hari konvo aku


aduh..bolatnya


meh D.O.K.O.N.G

ok..lepas konvo ak smbg blajar lg pada keesokan harinya....hehe..actually ak skrg tgh training 6 mggu under MOHE. Besnye dapat knal kawan2....

Saturday, November 20, 2010

independent

"Kau boleh. Kau kerja. Kau sambung belajar sampai degree.." -Hanis

Aku selalu pikir macam aku tak mampu, lemah dan tak boleh buat. Aku selalu pegang kata-kata orang tersayang yang aku kena buat sendiri semua benda. Mereka selalu berpesan yang aku boleh buat tapi aku sendiri tak yakin.

Berbekalkan keazaman yang tinggi walaupon kadang2 aku macam lost aku cuba sedaya upaya supaya tak nampak lemah dan aku mampu berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain. Kalau dulu acapkali orang nak membandingkan aku dengan orang lain sebab aku ini tak hebat macam orang lain mesti aku EMO dan DOWN gila sangat. Mulut2 orang seperti ini memang tak guna dan haramjadah yg akan aku ingat sampai bila-bila. Mungkin aku belum capai apa2 kejayaan tapi 1 day nanti akan aku buktikan yang aku bukan selemah yg disangka. Apabila merasa diri tu dah terlalu hebat sampaikan orang lain hebat pon dia rasa tak puas hati.

Aku pun seperti orang lain yang punya pelbagai masalah. Kadang-kadang aku tak tahu how to solve it. Aku punya satu habit yang sukar untuk dibuang di mana aku terlalu memikirkan sangat masalah yang aku hadapi tanpa fikir jalan penyelesaiannya. Sampai sekarang macam ini dan aku fikir biarlah masalah tersebut berlalu begitu sahaja kalaupon tak ada jalan. Mujur saja tak gila.

Walaupun susah sekali pon, aku kena kuat.

Thursday, October 28, 2010

BILIK CANTIK! COOL AHHHH (shared)
















p/s: smart kan. rasa macam nak gak bilik camnih.gggrr!
i like it!

Saturday, September 25, 2010

pang!!!aku sudah hampir bosan...

..nak update blog..kurang ide dan busy dengan kerja selain obses dengan fashion world.
kalo cakap pasal raya macam biasa la xtvt pada hari raya..kakak aku ada wat open house rabu lepas..cekidout!

juadah kebiasaan dan juga sate buat sendiri.kuah pon.

jiran2


makan makan

then,why la raya kali ini aku banyak membazir beli ini beli itu..lepas ni kena jimat cermat..apa pon raya besttttttttttttt!pheww!!


lastly....



Sunday, September 12, 2010

Kenapa aku tak suka sbb aku mmg tak suka

inilah jawapannya.

ok.mari ulas lagi. Sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara ingin aku katakan aku bukan dengki, tapi kenyataannya DDR mmg angkuh n tak boleh terima teguran yg negatif berdasarkan apa yg aku alami. aku ni pikir 8x nak post bnda ni sbb takut kena saman. aku ni dah la tak berduit. tak kaya macam DDR. sobs. takpe DDR akan ckp ni teguran NAKAL. DDR kan baek hati. rofl.

Sebagai seorang usahawan yg berjaya, pada aku dia mestilah boleh terima teguran yg negatif sekalipon teguran itu menyakitkan hati. mesti rendah diri dan juga kalau rajin beribadat aku rasa tak perlulah nak heboh solat apa n berapa rakaat kau buat. seolah2 dahagakan pujian. (tu pendapat aku,xsalah nk bg pendapat kan)n aku tak faham para pengkomen dekat page herba dia, apa yg dorg fikir pasal 2 Alam tu. apa yg korg fikirrrrrrrrrrrrrr ahhhh????sigh!

orang cakap poster dia plagiat , dia tak amik peduli. yang dia tau 20 juta..30 juta..40 juta. korg cakap poster xpenting, yg penting jalan cerita.wtf.Ada plak fan dia yg marah sbb kita publish pic poster plagiat dia. seolah2 menutup bangkai gajah dengan sehelai A4...errr

p/s : MASA AKU STUDY DULU AKU TAK PERNAH MISS BACA KOSMO YG BERHARGA RM0.70 KAT KAMPUS. INI SUDAH 5 BULAN AKU TAK BACA KOSMO SBB http://www.facebook.com/pages/Kami-tak-suka-Dr-Rozmey-yang-angkuh/147705378593103?ref=mf&v=wall#!/pages/paper-hari-hari-gambar-DRROZMEY/123989084279708?ref=ts

maaf ye aku bukan nak aibkan DDR,
hidup filem Melayu!!
selamat hari raya aidilfitri DDR~ =p

Saturday, August 28, 2010

andai ada jodohku , jodohkan aku dengan insan yang mencintaimu,
andai tiada jodohku , cukuplah sekadar cintaku kepadamu ya tuhanku …

Thursday, August 12, 2010

Bell Palsy adalah Lumpuh Otot Muka.Bye-bye!



"Bell Palsy bukanlah sejenis penyakit stroke tetapi kelumpuhan pada sebelah wajah. Contoh kelumpuhan mata yang tidak boleh mengenyit, pipi yang tidak boleh bergerak, hidung, telinga mulut, muka yang herot dan lain-lain lagi yang melibatkan wajah."

senyum senget pelik 1

senyum senget pelik 2

aku telah melaluinya. Bayangkan, selama ini kau telah biasa kelip mata tiap saat tiba2 mata kau merah, pedih semacam..asik keluar air mata. kau akan ingat "oh aku cuma sakit mata je" then kau pon pergi klinik then doctor ckp kau kena jangkitan kuman dalam saraf..atau pun BELL PALSY. kau faham tak penyakit apa ?apatah lagi ini pertama kali kau dengar.

jadi yg aku paham ini sakit lumpuh sebelah muka.

kau tak boleh nak senyum langsung!

(orang pikir kau sombong padahal tak)



kau akan kelip mata banyak kali LAJU2!

(smpaikan org lain tgk pon pelik mcm nak main kenyit2 mata)


kau tak boleh nak gerakkan hidung kau!

(tiap2 pagi biasanya aku selalu ngadap cermin kembangkan hidung)


kau susah nak kerutkan dahi!

(buat muka la kalo tak puas hati)


ketawa pon susah!!!!!


paling haru bila kau nak berkumur tak boleh weh..apatah lagi nk sedut minuman pakai straw..pasti tumpah!lagi susah mata kau pedih bile kena air..


aishhh..seksa..tp sekarang Alhamdlillah, aku dah kembali sembuh..cuma kesannya masih ada pada mata ni kalo ade yg perasan la..tapi takpa..aku tetap bersyukur..


aku tak tahu apa sebabnya kenapa penyakit ini datang..even doctor sendiri ckp penyakit ini boleh dtg tanpa sebab..penyakit tanpa sebab..(malam tu tak boleh tidur lena sbb terbyang wajah hensem doctor pegang muka aku n tenung aku lama2..hahah!)lol =p


dan yg pasti aku lepas ni aku akan sayang diri aku dan jaga kesihatan aku..

terima kasih mak ayah, kakak abang, abg ipar, bakal abang ipar kerana support aku.

dan juga sahabat yg memahami.


sesungguhnya berurut selama 3 hari oleh abang ipar merangkap TUKANG URUT TRADISIONAL: tabibshukri@yahoo.com.my membuahkan hasil.


senyuman ikhlas senget sebelah.
(meya pon tolong urut sekalik)

Bye-Bye BELL PALSY!!

p/s: pada sesiapa yg ada penyakit ini bolehla hubungi aku untuk dpt khidmat nasihat..ini serius.

Wednesday, July 28, 2010

Kami telah berjanji sehidup semati.....


Kami telah berjanji sehidup semati.....

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Sunday, July 4, 2010

Selamat bekerja

3 dari 6 perkara aku berjaya aku isi dan tunaikan selepas habis belajar..yeeeehaaa..1st, tidur puas2, main game, dan cari kerja..nah esok aku mula kerja..yg pasti aku nak kumpul duit n amik lesen yg penting boleh la aku pergi kemana aku suka..sgt seksa takda keta..isk

dan berakhirla status aku sebagai student uitm..! selamat berjaya, selamat bersengkang mata, re-do assignment, submit work lambat, gadoh2, selamat melayangkan duit print work..dan bermacam2 lagi yg mengeluarkan duit..ngahaha..bye2 uitm

p/s : blogwalking anda tak dapat dibalas, harap maaf, Insya-Allah ada masa kita disini kunjung mengunjung antara satu sama lain..ehehe =)

Tuesday, June 29, 2010

Mesin tangkap gambar kami

Aku selalu nampak mesin foto kalau pergi ke mana-mana shopping complex. Ala mesin yg tangkap gambar apakah namanya. Rasa macam teringin pula nak gedik2 tangkap gambar kat situ. Tapi selalu cuma pandang sekilas lah. Then baru-baru ini aku pn pergi 1U dengam kex-schoo mate aku merangkap best friend aku Anis, Zahera dan Fazleen. Kami ni jarang2 dapat jumpa..setahun tu adalah kurang dari 5x..sebab masing2 sibuk.ok kawan2 aku ni Dia ni suka sgt tangkap gambar. Namanya Zahera. Kami panggil dia Z. tak kuasa aku nak panggil Iera. aku rasa aku lah yg tak penat tangkap gamba ngan dia. haha..joking deh. Dia ajak try gune mesin tu. Wah, Z mcm tahu2 je. Dia pon sama tak pernah cuba mesin tu.
Memandangkan dia dgn murah hati nak belanja maka kaki ku melangkah laju masuk. haha. Kami cari mesin yg paling murah la. then dengan bantuan amoi pekerja kat situ dia tlg kitorg tekan butang yg patut sementara kami bsiap sedia buatmuka cantik2, gedik2, gelek2, bongkokkan badan 360 darjah. Wahh..walaupun mesin tu sempit tapi kami seronok sgt! pandai2 lah nak himpit memandangkan kami terdiri daripada bermacam2 saiz..hehew..paling over dah tentu anis..paling excited Z sebab dah memang makanan dia, paling sopan Fazleen malu2 kucing gituw, cett nak je potong tangan dia sebab suka angkat tgn tunjuk peace..dan aku? biasa2 je..hakhak..dan sepanjang tangkap gambar tu kami banyak ketawa-ketawa sebab seronok sgt tgk mcm2 aksi kelakar masing2 nak tonjolkan..hewhew.bile dah habis snapamoi tu ckp kena buat design dalam masa 10 saat..so Z la yg design semua ni memandangkan tgk design mesin tu pon buat aku mengantuk..aku just pilih laju-laju gamba yg mana aku rasa aku cantik yg membuat kan Z bengang sebab ada gamba yg aku pilih muka dia tak cantik..hahah.. =p
Fazleen bertudung jingga

Anis dibelakang


Zahera di depan


Ka-Chak!

ok..sesetengah yg tak suka pada mesin ni mesti akan ckp
"ala. buat apa..kan buat sendiri lagi bagus..lagi cantik.."
ok aku paham sbb aku pon designer....

tapi pada aku tak salah cuba walaupun design dia tah apa2 corak memningkan

colorful sgt, yg pasti perasaan atau detik yg diperoleh tak mungkin kita
dapat setiap hari dan menjadi kenangan seumur hidup...


buat simpan dalam dompet.


cheewah!

Thursday, June 24, 2010

love UiTM di hatiku!

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA

Tuesday, June 22, 2010

mon nom est Chiipan

My name is Chiipan

Nama saya Chiipan. Umur saya 1 tahun 3 bulan. Saya dibela oleh tuan saya pada tanggal 15 Mei tahun lepas di Facebook. Saya selalu bertukar warna sebab tuan saya sengaja nak hodohkan saya. Selepas dia mengalami kegagalan membela totisnya kerana mati akibat tertelan sabun FAB, maka tuan saya cuba berjinak-jinak di alam cyber yg penuh mencabar dan menyeronokkan serta melalaikan ini. Ok, sebelum ni saya penah tunjuk rumah saya masa saya miskin hina dulu..ha'ah saya sengaja cakap camni sebab sekarang saya dah kaya walaupun tuan saya penah guna cheat dulu..tapi sekarang tuan saya dah insaf sebab komputer dia dah kena virus..itulah kawan tuan saya tu Yobanes yang ajar, dia nak jadikan Tomok dia jutawan akhirnya merana Tomok dibiarkan sehelai sepinggang. nak tau hobi saya? saya suka tidur, bercucuk tanam, berkenalan, mengendap kawan2 dan bermain badminton walaupun gambar diatas menunjukkan seperti saya siap sedia nak main tenis. ok sebelum tu saya nak tunjuk bilik2 saya yg saya dan tuan saya ubahsuai..ala dekodeko bersama Leng Lui.


Saya dan tuan saya mempunyai minat yg sama..suka tengok sunset..maka saya mintak dia supaya dapat layan perasaan sorg2 tgk sunset..sambil tu saya main bola sorg2 sbb nak dapat trophy menanduk terbanyak..ha tulah setakat ni saya dapat menanduk bola sebanyak 27 kali dengan henti.


Suka tak suka mmg saya tak suka tak suka Alien datang menyibuk..
kacau saja saya nak jaringkan gol guna raket.


Selepas penat bermain kena lah menikmati cupcake..eh kena pegang raket tu sbb kepanasan senang nak kipas..banyak sungguh telor..tuan saya lah bagi kat saya suruh kumpul..now dia dah stop bagi sebab bosan katanya asik mintak telor orang je..dah macam penagih telor.


Ini pula bilik tidur saya! katil saya selalu tak ada sebab tuan saya tukar2 dengan kawan Nanad, sebab nak naik kan paw point..oleh itu dia gantikan dengan sofa untuk sementara waktu..terharu saya sebab bila point tu naik makanya saya dapat bilik baru..auwww~


Bilik-bilik saya ni seperti ada keajaiban..sebab sekelip mata saya berubah rupa..kadang2 saya menjelma jadi mermaid..saya rasa macam Dyesebel plok..bilik-bilik ni juga saya kumpul hasil penemuan saya semasa treasure hunt..tu lah balang ikan, batu bersurat, fosil,doll pon ada. hebatkan saya?


Ini ruang tamu..ada skrin besar disitu supaya saya dapat menghilang kan rasa bosan..tapi saya bosan juga akhirnya sebab tayang gambar yang sama tak gerak2..dah rosak agaknya.


Ini pula bilik dah jadi studio tempat saya bermain alat muzik..semua ada..tapi saya suka tengok ikan je..sebab saya suka ikan..eh, mana saya?ok ok jap lagi saya muncul.


Tada! bergaya kan..kan saya dah cakap saya akan bertukar..uh..
jangan tengok gigi saya..malu ah..karok jom!


Masa untuk mandi..bath time!sebab tu saya pakai wig sebab anda hanya dapat lihat rupa sebenar saya hanya semasa saya mandi..tapi saya pelik kenapa anda lihat saya mandi?sampai hati tuan saya tanak censor kan saya..isk =,(


Dah mandi kita pergi taman pulak..dalam hati ada taman..dalam taman takde buah sebab tuan saya tolong kutipkan sebab saya pendek..kadang2 saya main wau kat taman..bermain basikal dan buaian..



Ini apa pulak kena mengena..meh saya introduce..kan dulu saya ada cakap saya ada kembar..nama dia Chii..ataupun nama glamour Choo..dia dah lupakan saya sejak beliau mengembara keliling dunia ni..sibuk sungguh dia sampai mesej n call haramjadah takde..dia pon dah berubah sekarang..dulu badan dia kuning, botak, telinga kecik..sekarang dah coklat sejak bercampur dengan kawan2 dia kat sana gaya pon berobah..dia mmg dah lupakan saya..tengoklah sampai tegar dia kirim gambar sebegini, dia nak tunjuk dia happy..sakit betul hati saya..ok fine..isk..isk..takpa saya tak kisah..sampai bila-bila saya tunggu dia pulang ke pangkuan saya..isk..sampai hati Choo.. T_T


Baiklah..masa untuk tidur..memandangkan saya kerap bermimpi saya adalah superhero yg asik terbang tak turun-turun kadang menjunam dan terjaga, jadi saya merealisasikannya dengan memakai kostum superhero..uh, bukan lah..sayalah SUPERPET!walaupun saya super, tangan saya juga boleh tercedera semasa bermain tenis..dan satu hal lagi saya pon tak tahu rumah saya di mana sebab saya lihat di luar tingkap macam saya di bandar New York..satu lagi tingkap pula macam saya ada di Paris.

Ini rupa kembar saya sebelum dia berubah menjadi ego, super ego dan id seperti konsep yg di ketengahkan oleh Sigmund Freud dalam falsafahnya yg saya sendiri tak faham, tuan saya lagi tak paham...ok cukup mengarut..Choo, egonya akan hilang ketika dia tidur sebab dia suka tidur..dia mempunyai tabiat berdengkur sambil senyum dan cakap "oh la la"..dan saya akan menjawab "oh ku terpesona melihatkan cara kau tidur"..tapi sungguh kacak nau..




Pesanan penagih tegar :

Saya pelik sejak akhir2 ini tuan saya sgt ambil berat tentang saya, selalu tengok saya..hampir setiap hari..rupanya tuan saya mmg takda keja lain nak buat..patutlar..ahaks..ok tuan saya cakap lepas ni dia mungkin jarang tengok2 saya. sebab dia busy 24 jam..busy kerja, busy pegi Sunway Lagoon, busy tgk wayang, busy gi pesta, busy lepak ngan kawan2 dan macam2 lagi..haha..tapi saya tau tuan saya selalu tipu saya..mcm2 dia bagi alasan nak ngelak mandikan n bagi saya makan..kesian la saya asik dihurung lalat sebab busuk tak mandi..takpa2 saya bahagia hidup sorang2..yelah semua nak lupakan saya. sedihlah saya cenggini..tapi apa pun no man no cry, saya nak ucapkan kepada tuan saya iaitu;


" GOOD LUCK IN YOUR FUTURE ".