Monday, April 5, 2010

dari dalam lubuk dasar hati

"Barangsiapa yang nampak kemungkaran, maka cegahlah dengan kuasa (tangan), jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati..itulah selemah-lemah iman.."

Sememangnya aku bukan manusia yang sempurna. tapi aku boleh fikir, aku boleh beza yang mana baik, yang mana buruk. selama ini aku buta hati, tuli, dan bisu kerana membiarkan perkara-perkara yang buat aku tak selesa terjadi sama ada depan mata dan ke atas diri aku sendiri..kenapa nak dipendam lagi kalau ianya buat aku terseksa..katalah aku jahat, aku keji, aku belot, aku khianat, berlagak baik..apa sahaja katalah..aku tak mampu nak membalasnya..aku tidak mahu peduli kata-kata orang..aku tak mahu penuhkan hati aku dengan titik-titik hitam yang buat hati aku lagi hitam dan busuk..aku tak mahu membenci..nah, dan sekarang aku insaf...

Kalau tak buat salah, buat apa nak takut~

sepatah doa mengiring diri,
setitik cahaya untuk meniti,
pedoman buat di hari muka,
moga ketenangan teman yang setia.


2 comments:

  1. sbr ye yg..
    hdup ni kdg2 mmg xadil..huhu..
    sbr n redha je k..:)

    ReplyDelete
  2. ya..hidup ni kdg2 mmg tak adil tapi kita kena redha dgn ketentuanNya..
    thanx =D

    ReplyDelete