Saturday, February 27, 2010

Lomo Camera

Yeah..pos laju sudah sampai then baru amik tadi sampai tersesat2 ke Kg. Subang..eh..hampir2 la..cuak juga naseb baek tak masuk tol..dengan helmet yg hampir terbang sbb tak pakai ketat2..haha..then mata penuh habuk..thanx to abang pos besar yg memberi map yg tah apa2 ada bukit la bukit lagi dalam2 la..apa la kau..then Thanx muahh muahh to Ischa kerana kesudiannya dan kegilaannya membawa aku pergi cari Pos Laju di Glenmerie Hicom apetah yg patutnye tak sampai 15 minit menjadi 1 jam lebih sesat.

Lomo ni berharga RM69!..bajet hampir lari..bersandarkan pada duit gaji yg dah nak hampir susut makanya ini last kali aku beli barang2 kesukaan termasuk tamagotchi..dah2 cidat, stop berangan nak beli macam2..hiuhiuhiu..ZASSSSS!

Tadaaaaa~


Baru & lama


ah..warna kuning menjadi pilihan hati


top view


with 35mm Color Print Film..RM15


aku sukaaaaa


Then aku terpikir apasal aku tak beli awal2 masa nak gi Redang dulu..dah tentu ia menjadi kenangan manis kalau dpt tangkap gambar coral dan segala jenis hidupan laut sambil eksyen kat org lain..huhu..isk..isk..aku rinduu..


budak ini



Redangggggg!!!

T_T

Friday, February 26, 2010

Seminar di Universiti Malaysia Kelantan


3 hari di Universiti Malaysia Kelantan perkara yang paling best sepanjang seminar ini adalah paling penting sekali makanan yg dihidangkan terlampau sedap sampai mengalir airmata,,haha..diikuti jalan2 sekitar pasar di wakaf che yeh beli baju baru utk diri sendiri dan kain ela utk mak, tido dalam bas baru yg sungguh heaven nikmat tido selama 16 jam itu dan akhir sekali mendengar ceramah (ye ke?) dukacita termiss tgk suhaimi baba bg ucapan sbb erm..aaa...tertido..oh then Pak Ngah pon ada..dpt tgk muka jela tapi termiss lagi ehh..tido je ke...tak tak..

macam biasa la


malas nak taip seminar apa


paper bag!dan nasi lemak sedap gila
dan aku pikir kalo makan tiap2 hari utk sarapan pon tak apa.


saya insan kreatif


Penari makyong katanya yg tengah tu


Katakan Sial Betol Aku Baru Nak Guna!
pada VANDALISME.


Satu Malaysia ke Yo?


di Pantai Cahaya Bulan tak best betul tgk laut sorg2.


MJ a.k.a Puan Jamizan bersama suaminya
berdating di tepi pantai malu2 kucing gitu


i love BEACH!not bitch!


ah sudah...


lagi skali aku ckp aku suka gamba ni.
nak2 aku bg pose pelik sbb nak
cover tudung terbang rimasnya..haha
then Yo gatal


sorg2 layan perasaan


layan lagi


serial bunyinya


baik sungguh kawan2ku ini..


motipp?


saja buat kacau


sedap sangat



lagi la sedap tapi tak habis



UMK


pasangan bahagia auwwww..mana sweter?haha


kembali ke Shah Alam 200 km..


Selamat Tinggal Kelantan~

Monday, February 22, 2010

Cuti dah habis ok

Jeng jeng jeng..last week aku telah mengupah kakak aku untuk meluruskan rambut aku yang tak berapa nak lurus..memandangkan dia pakar dalam hal ini...ngahaha..sekarang ni nampak lagi terurus dari sebelumnya...eh..makin panjang la..boleh tak..huhu


Tadaaaa~


then mengitamkan kuku..kool ahhh...lalala~

Friday, February 19, 2010

Datuk Kemeja & Nenek Kebaya

Kawin dengan Nenek Kebaya pun ok what.haha

Wah wah wah..sudah tua ada hati nak berbini muda. Apa perasaan kalau dapat mak tiri yang muda..takpon sebaya ke tua muda berapa tahun je. ayat biasa yang keluar "ye la dah jodoh kan nak buat camna"..ye lah tak salah pun kau nak kahwin dengan siapa. Kalau dah mampu dan boleh bersikap adil tu apa salahnya. Yalah, bab kahwin dua, tiga, empat ni ramai kaum lelaki yang suka ikut sunnah nabi. Tapi bila bab-bab lain tak pula diorang nak ikut. Itulah orang kata, makin tua makin menjadi. Macam kelapa jugalah. Makin tua, makin pekat pula santannya. Rumah kata pergi , kubur kata mari, mari, mari! Diam-diam ubi berisi makin boroi. Seronok dengan bini baru jangan la sampai mengabaikan anak kandung sendiri ye! Tahniah. Moga kekal ke anak cucu. Aaamin.

Apa?Apa perasaan dapat mak tiri? Dah tentulah malu. Nak2 mak tiri muda 10 20 30 tahun. Amboi jauhnya perbezaan umur tu. Lepas tu dah tentu jiran2 dok mengata itu ini tahu je lah kan mulut orang tak boleh nak tutup. Belum lagi tang sedara mara dok bergosip dok perli "eh, salmah..bini Leman tu dok ngan kau skali ker..? eh..tak ambik tahu sensitif orang langsung..Lagi pulak mak tiri punya tak sedar diri tumpang kemewahan dan hidup bersenang-lenang. Bila cirit birit makan makanan yg madu buat, mula lah dia tabur fitnah macam2 konon dengki la whatever la. Bila jatuh sakit mulalah nak tuduh orang lain guna guna-gunakan dia..eh..cakap banyak pun tak guna..aku bencilah.

Thursday, February 18, 2010

Tiba-tiba Rajin Kemas Rumah

ok. minggu lepas sebelum cuti raya kami kemas rumah. masing2 pindah bilik sebab ade budak keluar. ade 2 bilik 3 orang duduk n 1 lagi bilik 2 org duduk..sangat balance.Aku duduk dengan Aimy. Wah..luas lagi aman duduk di bilik baru..dan kos sewa pun meningkat. terima dgn hati yg tabah.

agak sepah sebab barang terlalu banyak.


Beginilah keadaan rumah kami & Ischa pun beraksi.
Agak sesak mahu jalan.
Biasalah tu kan.


Aku memegang Dino yg aku curi dari Meya,
Aimy dan pet peliharaannya.
Ok. Stop kejap. Ischa sudah masuk
manakala Ebi menyayangi kipasnya


Ketika orang lain sibuk mengemas...inilah jadinya,
Aimy nuntun Superman,
Ischa yang keletihan n
aku tidak tahu mahu buat apa.
Tak leh nak fokus..hahakpuih


Sebelum dan selepas :
bilik lama yang sejuk lagi nyaman sangat bahagia berguling


Ischa al-Jamaludin membangga diri dihadapan kamera
disamping memuja Kertas Penyata Kesalahan Percakapan dalam Kehidupan Seharian.
Skema lah.


Sunday, February 14, 2010

Ani Kawen 14th February 2010

Aku dan rakan2 telah pergi ke kenduri kahwen Ani aka Siti Rohani budak kelas masa sekolah SMT ERT Setapak dulu. Nak kata kami datang lambat tak jugak tapi kami terlepas diorang bersanding. Maybe diorang cepatkan kot. Makanya gambar2 ini sahaja lah yg ada. dan ini yang 1st time aku pergi kenduri kawen kawan2 sbb kebizian assignment. Ek. Apa2 pun aku doakan semoga korang bahagia hingga ke anak cucu. Eh, nak masuk 23 dah aku.

Berkumpul di Kelana Jaya menunggu Zana


Ummu Salamah


Ani berisi gila.


Yana dah berisi 6 bulan



Siti Rohani dan Heidi..lama ye bercinta


Ummu Salamah, bahagianya kau



Ummu lagi


Acara potong kek. Ani yg tak berhenti senyum dan gelak2



p/s: Perjalanan masih jauh......

Saturday, February 13, 2010

SEGI oh SEGI

Mencari bangunan yang tiada halangan.

Pergi ke Putrajaya untuk menolong adik angkat kepada member baik shooting. Niat nak membantu apa yang patut..tapi macam cakap dengan tripod dia. Ok..kamera kau 3 4 ribu tapi tolong ah baca balik buku manual tu kalau mulut tu malas nak bertanya.tak guna beli kamera mahal2 tapi tak tau guna. baik kau tukar kamera dengan aku ada jugak faedahnya. Tripod pon kau tak tau guna..lagi parah tu! Zero gila tapi takkan tak tau bende basic psl kamera. Jambu, tolongla explore lagi! Hadoila SEGI!

Lianis, my bestfren. Sudah 3 tahun lebih tak jumpa kau akhirnya ketemu juga ya

Tatau. Saya main tangkap je kak.