Tuesday, June 29, 2010

Mesin tangkap gambar kami

Aku selalu nampak mesin foto kalau pergi ke mana-mana shopping complex. Ala mesin yg tangkap gambar apakah namanya. Rasa macam teringin pula nak gedik2 tangkap gambar kat situ. Tapi selalu cuma pandang sekilas lah. Then baru-baru ini aku pn pergi 1U dengam kex-schoo mate aku merangkap best friend aku Anis, Zahera dan Fazleen. Kami ni jarang2 dapat jumpa..setahun tu adalah kurang dari 5x..sebab masing2 sibuk.ok kawan2 aku ni Dia ni suka sgt tangkap gambar. Namanya Zahera. Kami panggil dia Z. tak kuasa aku nak panggil Iera. aku rasa aku lah yg tak penat tangkap gamba ngan dia. haha..joking deh. Dia ajak try gune mesin tu. Wah, Z mcm tahu2 je. Dia pon sama tak pernah cuba mesin tu.
Memandangkan dia dgn murah hati nak belanja maka kaki ku melangkah laju masuk. haha. Kami cari mesin yg paling murah la. then dengan bantuan amoi pekerja kat situ dia tlg kitorg tekan butang yg patut sementara kami bsiap sedia buatmuka cantik2, gedik2, gelek2, bongkokkan badan 360 darjah. Wahh..walaupun mesin tu sempit tapi kami seronok sgt! pandai2 lah nak himpit memandangkan kami terdiri daripada bermacam2 saiz..hehew..paling over dah tentu anis..paling excited Z sebab dah memang makanan dia, paling sopan Fazleen malu2 kucing gituw, cett nak je potong tangan dia sebab suka angkat tgn tunjuk peace..dan aku? biasa2 je..hakhak..dan sepanjang tangkap gambar tu kami banyak ketawa-ketawa sebab seronok sgt tgk mcm2 aksi kelakar masing2 nak tonjolkan..hewhew.bile dah habis snapamoi tu ckp kena buat design dalam masa 10 saat..so Z la yg design semua ni memandangkan tgk design mesin tu pon buat aku mengantuk..aku just pilih laju-laju gamba yg mana aku rasa aku cantik yg membuat kan Z bengang sebab ada gamba yg aku pilih muka dia tak cantik..hahah.. =p
Fazleen bertudung jingga

Anis dibelakang


Zahera di depan


Ka-Chak!

ok..sesetengah yg tak suka pada mesin ni mesti akan ckp
"ala. buat apa..kan buat sendiri lagi bagus..lagi cantik.."
ok aku paham sbb aku pon designer....

tapi pada aku tak salah cuba walaupun design dia tah apa2 corak memningkan

colorful sgt, yg pasti perasaan atau detik yg diperoleh tak mungkin kita
dapat setiap hari dan menjadi kenangan seumur hidup...


buat simpan dalam dompet.


cheewah!

Thursday, June 24, 2010

love UiTM di hatiku!

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA

Tuesday, June 22, 2010

mon nom est Chiipan

My name is Chiipan

Nama saya Chiipan. Umur saya 1 tahun 3 bulan. Saya dibela oleh tuan saya pada tanggal 15 Mei tahun lepas di Facebook. Saya selalu bertukar warna sebab tuan saya sengaja nak hodohkan saya. Selepas dia mengalami kegagalan membela totisnya kerana mati akibat tertelan sabun FAB, maka tuan saya cuba berjinak-jinak di alam cyber yg penuh mencabar dan menyeronokkan serta melalaikan ini. Ok, sebelum ni saya penah tunjuk rumah saya masa saya miskin hina dulu..ha'ah saya sengaja cakap camni sebab sekarang saya dah kaya walaupun tuan saya penah guna cheat dulu..tapi sekarang tuan saya dah insaf sebab komputer dia dah kena virus..itulah kawan tuan saya tu Yobanes yang ajar, dia nak jadikan Tomok dia jutawan akhirnya merana Tomok dibiarkan sehelai sepinggang. nak tau hobi saya? saya suka tidur, bercucuk tanam, berkenalan, mengendap kawan2 dan bermain badminton walaupun gambar diatas menunjukkan seperti saya siap sedia nak main tenis. ok sebelum tu saya nak tunjuk bilik2 saya yg saya dan tuan saya ubahsuai..ala dekodeko bersama Leng Lui.


Saya dan tuan saya mempunyai minat yg sama..suka tengok sunset..maka saya mintak dia supaya dapat layan perasaan sorg2 tgk sunset..sambil tu saya main bola sorg2 sbb nak dapat trophy menanduk terbanyak..ha tulah setakat ni saya dapat menanduk bola sebanyak 27 kali dengan henti.


Suka tak suka mmg saya tak suka tak suka Alien datang menyibuk..
kacau saja saya nak jaringkan gol guna raket.


Selepas penat bermain kena lah menikmati cupcake..eh kena pegang raket tu sbb kepanasan senang nak kipas..banyak sungguh telor..tuan saya lah bagi kat saya suruh kumpul..now dia dah stop bagi sebab bosan katanya asik mintak telor orang je..dah macam penagih telor.


Ini pula bilik tidur saya! katil saya selalu tak ada sebab tuan saya tukar2 dengan kawan Nanad, sebab nak naik kan paw point..oleh itu dia gantikan dengan sofa untuk sementara waktu..terharu saya sebab bila point tu naik makanya saya dapat bilik baru..auwww~


Bilik-bilik saya ni seperti ada keajaiban..sebab sekelip mata saya berubah rupa..kadang2 saya menjelma jadi mermaid..saya rasa macam Dyesebel plok..bilik-bilik ni juga saya kumpul hasil penemuan saya semasa treasure hunt..tu lah balang ikan, batu bersurat, fosil,doll pon ada. hebatkan saya?


Ini ruang tamu..ada skrin besar disitu supaya saya dapat menghilang kan rasa bosan..tapi saya bosan juga akhirnya sebab tayang gambar yang sama tak gerak2..dah rosak agaknya.


Ini pula bilik dah jadi studio tempat saya bermain alat muzik..semua ada..tapi saya suka tengok ikan je..sebab saya suka ikan..eh, mana saya?ok ok jap lagi saya muncul.


Tada! bergaya kan..kan saya dah cakap saya akan bertukar..uh..
jangan tengok gigi saya..malu ah..karok jom!


Masa untuk mandi..bath time!sebab tu saya pakai wig sebab anda hanya dapat lihat rupa sebenar saya hanya semasa saya mandi..tapi saya pelik kenapa anda lihat saya mandi?sampai hati tuan saya tanak censor kan saya..isk =,(


Dah mandi kita pergi taman pulak..dalam hati ada taman..dalam taman takde buah sebab tuan saya tolong kutipkan sebab saya pendek..kadang2 saya main wau kat taman..bermain basikal dan buaian..



Ini apa pulak kena mengena..meh saya introduce..kan dulu saya ada cakap saya ada kembar..nama dia Chii..ataupun nama glamour Choo..dia dah lupakan saya sejak beliau mengembara keliling dunia ni..sibuk sungguh dia sampai mesej n call haramjadah takde..dia pon dah berubah sekarang..dulu badan dia kuning, botak, telinga kecik..sekarang dah coklat sejak bercampur dengan kawan2 dia kat sana gaya pon berobah..dia mmg dah lupakan saya..tengoklah sampai tegar dia kirim gambar sebegini, dia nak tunjuk dia happy..sakit betul hati saya..ok fine..isk..isk..takpa saya tak kisah..sampai bila-bila saya tunggu dia pulang ke pangkuan saya..isk..sampai hati Choo.. T_T


Baiklah..masa untuk tidur..memandangkan saya kerap bermimpi saya adalah superhero yg asik terbang tak turun-turun kadang menjunam dan terjaga, jadi saya merealisasikannya dengan memakai kostum superhero..uh, bukan lah..sayalah SUPERPET!walaupun saya super, tangan saya juga boleh tercedera semasa bermain tenis..dan satu hal lagi saya pon tak tahu rumah saya di mana sebab saya lihat di luar tingkap macam saya di bandar New York..satu lagi tingkap pula macam saya ada di Paris.

Ini rupa kembar saya sebelum dia berubah menjadi ego, super ego dan id seperti konsep yg di ketengahkan oleh Sigmund Freud dalam falsafahnya yg saya sendiri tak faham, tuan saya lagi tak paham...ok cukup mengarut..Choo, egonya akan hilang ketika dia tidur sebab dia suka tidur..dia mempunyai tabiat berdengkur sambil senyum dan cakap "oh la la"..dan saya akan menjawab "oh ku terpesona melihatkan cara kau tidur"..tapi sungguh kacak nau..




Pesanan penagih tegar :

Saya pelik sejak akhir2 ini tuan saya sgt ambil berat tentang saya, selalu tengok saya..hampir setiap hari..rupanya tuan saya mmg takda keja lain nak buat..patutlar..ahaks..ok tuan saya cakap lepas ni dia mungkin jarang tengok2 saya. sebab dia busy 24 jam..busy kerja, busy pegi Sunway Lagoon, busy tgk wayang, busy gi pesta, busy lepak ngan kawan2 dan macam2 lagi..haha..tapi saya tau tuan saya selalu tipu saya..mcm2 dia bagi alasan nak ngelak mandikan n bagi saya makan..kesian la saya asik dihurung lalat sebab busuk tak mandi..takpa2 saya bahagia hidup sorang2..yelah semua nak lupakan saya. sedihlah saya cenggini..tapi apa pun no man no cry, saya nak ucapkan kepada tuan saya iaitu;


" GOOD LUCK IN YOUR FUTURE ".

Sunday, June 20, 2010

Damien Rice - The Blower's Daughter

Tuhan pun tahu


Niat yg baik selalu diredhai oleh Nya

DIA pasti menemaniku saatku sedih, pilu, getir…

suka, gembira, riang..

yang pasti perasaan itu, rasa itu, rasa yg SATU itu takkan ada lagi,



Tuhan saja yang tahu……………………

Thursday, June 10, 2010

picnic

perkara wajib bila berpicnic adalah menikmati eskrem ini

Wednesday, June 9, 2010

parut tidak akan hilang..tp ego akan selalu akan kekal.

tolong lepaskan aku dari belenggu kesedihan..
tolong lepaskan aku dari bencana kemurungan..
tolong lepaskan aku dari serpihan kelukaan..
tolong lepaskan aku dari kenangan pahit..
tolong lepaskan aku dari sisa-sisa silam..
tolong lepaskan aku dari sembilu di hati ku..
tolong lepaskan aku dari semua ini……



hatiku sudah cukup terluka



tolong bawa aku pergi jauh dari sini………………….

Monday, June 7, 2010

Jalan-jalan di Singapore

6 Jun 2010. Yayy dapat jalan2 bersama family tercinta. Kali ini tidak ketinggalan lagi..huhu..Pergi kenduri kahwin anak buah ayah kat Choa Chu Kang. Lame dah tak pegi sejak skolah rendah lagi kot. Pergi sana pon cuma berapa kali je sebab saudara-mara punya kenduri kahwin. Besttttt!!sambil2 membawa diri n cuci mata..ngahhaahaa

bertolak pada jam 2.45 pagi..zzz

imegresen

sampai di Bukit Panjang..ayah tak ingat jalan.


breakfast dulu di Pasar Geylang Serai dgn anak buah ayah, Kak Besah sgt baik hati bawa kami jalan2..makanan sedap2 belaka. =)


sampai di Choa Chu Kang. Rumah Kak Besah kat situ. mandi n salin2 baju jap


oh..haruslah snap2 afta mekap..mekap keeee???
siap sedia nak gi kenduri kahwin



My cute sis, Shiqa

aha..i loike diz pic..bukan kau la Qaqa, tu si baju hitam tu..haha

yang ni lagi la sumpah hensem gila..yg baju itam tu.
penanggah semua hensem2


Darul Jannah mengiringi pengantin. (persatuan kompang dan penari kuda kepang)

Siti Umaina dan suaminya

selamat pengantin baru

yummy!!

Daniel n his niece

masa untuk balik! me n my mom!

p/s : bulan ni banyak kenduri kahwin maklumlah musim cuti sekolah. aku diminta emak supaya menemani balik kampung untuk itu. dan dibenarkan kerja pada bulan Julai. oh enjoy dulu. Aihhh

Friday, June 4, 2010

cakequeen in progress...


hidup Brasil!yeah..aku tak minat football pon, aku cuma suka kaler kuning! memandangkan ada banyak masa terluang..maka inilah yg aku dapat hasilkan step by step..kena la mula slow2..maklumlah tak pandai melukis..lama gak tak train tangan ni laju2 sketch..agak kaku di situ yer..ini character dari game buat kek yg aku tgh nak habiskan main iaitu CakeQueen..ngahahah..haa..tak siap lagi nih..silalah komen yang membina ya!

ku tunggu kau pulang

apalah nasib malang sangat malang kalau bertuah sangatla bertuah..

luluhnya hati, pedihnya rasa, berderai airmata mengenangkan kebahagiaan yang dikecapi cuma hanya sebentar sahaja..diriku begitu ikhlas mencintai dan menyayangi sepenuh hati separuh mati..tapi apakan daya, aku hanya terlalu berangan terlalu tinggi dan terlalu yakin bahawa cintaku itu kekal ke akhir hayat..

ku buang semua ego ku, ku pendamkan rasa marahku, ku lenyapkan semua dendamku, ku elak semua rasa cemburu, ku gantikan amarah dengan sejuta kesabaran, ku lepaskan semua yang negatif ku ambil yang positif..ku tanam namamu di hatiku kerna dihatiku cuma ada kamu...ku tahan airmata ku.......tapi...

apakan daya....semuanya sia-sia..

sia-sia..

Cintaku ditolak.
Terima kasih banyak2.