Aku selalu pikir macam aku tak mampu, lemah dan tak boleh buat. Aku selalu pegang kata-kata orang tersayang yang aku kena buat sendiri semua benda. Mereka selalu berpesan yang aku boleh buat tapi aku sendiri tak yakin.
Berbekalkan keazaman yang tinggi walaupon kadang2 aku macam lost aku cuba sedaya upaya supaya tak nampak lemah dan aku mampu berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain. Kalau dulu acapkali orang nak membandingkan aku dengan orang lain sebab aku ini tak hebat macam orang lain mesti aku EMO dan DOWN gila sangat. Mulut2 orang seperti ini memang tak guna dan haramjadah yg akan aku ingat sampai bila-bila. Mungkin aku belum capai apa2 kejayaan tapi 1 day nanti akan aku buktikan yang aku bukan selemah yg disangka. Apabila merasa diri tu dah terlalu hebat sampaikan orang lain hebat pon dia rasa tak puas hati.
Aku pun seperti orang lain yang punya pelbagai masalah. Kadang-kadang aku tak tahu how to solve it. Aku punya satu habit yang sukar untuk dibuang di mana aku terlalu memikirkan sangat masalah yang aku hadapi tanpa fikir jalan penyelesaiannya. Sampai sekarang macam ini dan aku fikir biarlah masalah tersebut berlalu begitu sahaja kalaupon tak ada jalan. Mujur saja tak gila.
Walaupun susah sekali pon, aku kena kuat.
No comments:
Post a Comment