Wednesday, February 23, 2011

BEZA ANTARA SINETRON DAN DRAMA

Beza antara sinetron dan drama yang biasa kita lihat dan kadang-kadang tak masuk akal lagi macam AAAAARGHH. Beza? Aku rasa macam lebih kurang sama.

sekadar gambar hiasan

SINETRON:
1. Banyak scene dekat rumah sakit.
2. Kejap-kejap watak ni sakit parah kejap2 watak tu..kalau boleh 1 family dia ada sakit.
3. Mesti ada perampok..menyamun orang yg tengah susah.
4. Mesti ada scene ketabrakan.
5. Nak cari donor darah, buah pinggang..mesti tak jumpa.
5. Paling penting bila cemas kamera mesti fokus and zoom..WAJIB. nyampah doe nak tgk.
6. Orang kaya mesti cemburu and nak kikis harta walaupun dah memang kaya
7. Mak tiri, pak tiri or anak tiri mesti saling bermusuhan dan ada pukul2 dera2 hasad dengki
8. Terlampau banyak masa silam yang dirahsiakan
9. Paling menyampah suka sangat berahsia and tak nak berterus terang.. straight to the point la wey..buat cerita makin panjang pulak.
10. Mesti ada scene hilang ingatan! ni pon wajib. bila kecelakaan baru ingatan pulih.
11. Part cinta pulak, orang kaya mesti bercinta ngan orang miskin pastu mendapat tentangan mak bapak.
12. Lepas itu mesti wujud orang yang ditugaskan memecahbelahkan orang..kiranya perosak n tukang dajal orang.. ckp psl tukang dajal..mesti upah orang-orang suruhan buat itu ini.
13. Paling tak logik macam mana satu watak tu tengah sakit kat rumah sakit pastu esoknya ada kat rumah..then sah hidap kanker tp still lagi kuat bekerja mcm tiada apa2 berlaku.
14. Kamu sebenarnya bukan anak kandungku! Papa kamu sudah meninggal, dia bukan ayah kandung kamu! Apa saya bukan anak kandung? habis siapa mama papa sebenar saya?!! Apa???Aku anak pungut?yang bener ni?!!
15. Suka matikan watak!
16. part bunuh diri or jatuh dari tempat tinggi tapi still hidup lagi.
17. ada kuasa sakti or ada peri yang selalu menolong ketika dalam kesusahan.
18. Scene tikam2 tp still hidup lagi.
19. culik menculik! anakku diambil orang pak!
20. Terlalu banyak permasalahan dan konflik yg timbul sampaikan cerita menjadi tak logik n membosankan.


ahh..banyak lagi ah..sebab aku ni nak kata penggemar tak gak..kadang aku layan gak kadang naik menyampah sbb ye lah dah takde cerita lain nak tengok. see aku dah pandai beberapa ayat bahasa indonesia. canggihkan. ok pergi part Drama lak.


Spa Q ini je yang best. sambungan dia sekarang azab aku nk tengok entah apa2

DRAMA:
1. Orang kaya pangkat Datuk Dato Tan Sri Datin...
2. mesti ada scene bermesyuarat. Hello haruske scene ni ada sampai kena ulas masalah syarikat n saham2 whatsoever..puihhh
3. mesti ada scene kat meja makan..hahah..makan sedap2 bagi lah aku sikit!
4. kalo student lak pergi ke kampus dress up bukan main..nak2 yg pelakon perempuan..oi nak belajar ke nak melawa. aku pegi kelas pakai simple2 je kot.
5. Menangis tapi pakai bulu mata palsu.
6. Orang miskin tak berduet tapi rambut bercolor sampai dalam rumah pon bermekap..nak pergi tidur pon muka still ada mekap! orang kaya pon sama
7. adoi scene sedih2 kua air mata meleret2..
8. cerai berai then tup2 ada anak
9. Perempuan simpanan yg nak mengikis harta lelaki, suami orang
10. anak derhaka dan ibu malang.
11. cerita pasal cinta remaja sikit2 kes cemburu dgn perempuan ni hot lagi cantik dari dia kat kampus, nak rebut jejaka paling hensem la, saling nak dajalkan orang la dan kadang2 aku pikir kenapa jalan cerita sebegini nak diketengahkan. Apa point nya. Ko nak belajar ke nak berchenta?

Ok. ni je yang mampu aku ketengahkan sebab aku lagi banyak layan sinetron sebab aku suka tgk pelakon2 dia kalo berlakon mmg berkesan (even cite hampeh) dan aku suka tgk mekap dorg cantik2..pelakon pon cantik2! n then mostly sinetron yang ada kat tv sekarang jalan ceritanya semuanya sama.

Kalo drama lak kadang2 setiap hari sabtu aku tengok cerekarama. Kalo komedi aku sukak!

Last but not least penonton sebenarnya2 nak tengok cerita yg menghiburkan dan ada isi pengajaran yang boleh diingati sampai bila. Bukan drama sampah yang mana ceritanya tidak logik lagi membosankan. sebab penonton sekarang semua pandai2 belaka.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, February 15, 2011

Teksi punya hal

Hari ini aku penat sangat-sangat perjalanan dari Bangi-Serdang-Sentul-Putrajaya untuk interview company advertising sebagai Graphic Designer. Dengan menaiki tren KTM dan RAPID kemudian sampai sahaja di Sentul aku mencari teksi. Oh pasti terbeliak mata naik teksi sampai rm15 itupun mujur pemandu teksi yang berbangsa Cina itu kasi murah lagi. Aku tak percaya apek tu cakap tak tahu jalan. Aku rasa aku kena tipu. Kurang ajar punya apek. Dahlah hampir 1 jam cari jalan. Aku dah lambat nak pergi interview T_T. Then aku bagi kat dia RM16 dia pon kira-kira and cakap 'ok la rm15'. Puihhhh..nampak sangat kau tak jujur apek. Kenapa kau tak pulang balik singgit aku. Sudah lah sengaja ambil jalan jauh pergi sampai kawasan kampung padahal highway yang kau lalu tu lah tempatnya. Aku cakap dah nampak Jalan Pelangi 1 kau cakap bukan..Cari punya cari meter kau dah cecah RM19.80 buat aku alahai duit aku dah la sikit. lepas itu nasib baik aku call kawan aku tanya jalan lagi. Akhirnya sampai pun. Hey apek pandai kau cari duit ya. Mentang-mentang aku perempuan dengan tak tahu jalannya. Huh..Takpelah..aku paham kau cari rezeki.

Then sudah alang-alang keluar jauh2 takkan nak terus balik rumah kan. So aku singgah Alamanda untuk makan lewat siang bersama BF. Terima kasih awak sebab teman saya mamam. Love it!


Agak-agak teksi berapa 10 saat berapa puluh sen?

p.s tett..tett..setiap 10 saat meter teksi bersamaan RM0.10